30/4/2010, Kg Jaya - Majlis Tindakan Dun Chukai & Ajk Surau mengambil inisiatif membersih & menceriakan kawasan surau Kg Jaya, Batu Dua bagi memberi wajah baru kepada surau berkenaan. Pengarah MTD Chukai berkata surau berkenaan perlu dikemas kini berikutan banyak program ceramah agama diadakan dan setiap kali ia berlangsung, lebih 500 jemaah hadir. Sempena program ini 80 orang fakir miskin di sekitar Kg Jaya & Pengkalan Pandan menerima bantuan barang-barang dapur dari MTD Chukai.
No comments:
Post a Comment