Batu Rakit - Kira-kira 8,000 orang berkumpul di perkarangan Markas PAS Batu Rakit untuk sama- sama mengikuti Ucapan Dasar Presiden dan perbahasan sempena Ijtima Kepimpinan PAS Negeri Terengganu pada pagi ini.
Majlis dimulakan dengan Perbarisan Hormat oleh Unit Amal, Nisa', KHIDMAT dan Skuad Waja seramai 320 orang. Seterusnya diperdengarkan bacaan Al-Quran oleh juara Akademi Al-Quran TV9 , Ustaz Hj Tarmizi Hj Ali. Sebelum itu, ketibaan YB Presiden diiringi dengan 20 buah morosikal berkuasa tinggi. Ucapan Dasar disampaikan oleh Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Demikian antara resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke-14 yang diadakan di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit:
1. jentera pilihan raya mestilah digerakkan bermula dari sekarang di semua peringkat mengatasi perancangan dan gerak kerja UMNO/BN dengan memberi tumpuan kepada pengemaskinian urusan pemilih dan keahlian serta penguasaan ke atas pengundi sasaran..
2. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan petugas-petugas PAS di semua peringkat bagi mengikis penyakit atau budaya negatif seperti futur, isti’jal, ukhuwah yang longgar dan seumpamanya.
3. setiap anggota jemaah sama ada pemimpin, petugas atau ahli parti, hendaklah memperkukuhkan sifat-sifat kualiti peribadi dan meningkatkan keupayaan diri dalam memperkasakan jihad dengan memperkukuhkan wala’, thiqah dan intima’ terhadap pimpinan dan jemaah.
No comments:
Post a Comment