Menyampaikan sumbangan buah limau kepada kaum Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina
CHUKAI - Harapan rakyat negeri Terenganu untuk menikmati kehidupan yang selesa semakin cerah apabila gagasan 'PAS Ganti Umno' semakin menjadi kenyataan.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata penerimaan baik seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua, menunjukkan mereka sudah tidak mahu lagi diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Dalam tiga puluh orang yang yang saya temui, hanya seorang sahaja yang 'acuh tak acuh', dua puluh sembilan lagi memberikan sokongan yang diluar dugaan,"ujarnya
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan buah limau kepada kaum Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina disini, semalam.
No comments:
Post a Comment