Thursday

Iftar Ramadan di tanah terbuka DUN Chukai

Hari ini kita mengadakan iftar Ramadan di tanah terbuka. Buat pertama kali dun chukai mengadakan jamuan berbuka puasa bersama rakyat, jamuan perdana diiringi oleh ustaz azhar idrus untuk mnyampaikan takirah Ramadan. Dan insyaAllah, bersama-sama dengan tazkirah Ramadan ini, kita menyampaikan 60 orang sumbangan kepada anak yatim.
Dan bagi pihak dun, saya mengucapkan terima kasih kepada penderma-penderma yang telah menjayakan program ini samada dengan mendema wang, mereka yang memberikan tenaga, mereka yang memberikan buah fikiran dan seumpamanya bagi memastikan iftar Ramadan perdana dun chukai dapat diadakan pada hari ini dan makanan yang disediakan pada hari ini hampir 1000 bungkus, nampaknya semua habis dan kehadiran hari ini amat memuaskan.
Orang yang hadir ni ramai juga oran umno dan kebanyakannya orang muda. Kalau orang muda ni saya yakin mereka tidak berparti, dan bila keadaan macam ni berlaku, insyaAllah mereka akan mengundi PAS dalam pru akan datang.
Jadi hari ini ditimbulkan dalam mesyuarat jwatankuasa dun Chukai, setelah mengambil kira pandangan kawan-kawan, mereka melihat inilah yan terbaik, mengadakan jamuan berbuka puasa secara terbuka bagi meliht sokongan orang muda kepada pas. Dan hari ini kita dapat melihat betapa ramainya orang muda, mat rempit dengan motornya, datang ke sini untuk hadir bersama-sama mendengar tazkirah Ramadan oleh ustaz azhar idrus di ampng melihat sendiri acara yang dijalankan oleh pas dun chukai. Berbuka puasa di sini, apabila azan, kita makan kurma dulu, lepas tu kita sembahyang, lepas sembahyang baru kita makan nasi bungkus. Semua hari ni makan nasi bungkus, tak kira pemimpin atau rakyat.

No comments:

Post a Comment

BlogTV