Sunday

Perasmian pejabat PAS DUN Chukai & Pusat Khidmat Masyarakat

KEMAMAN - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Harun Taib merasmikan Pejabat Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai yang juga pejabat Khidmat Masyarakat DUN Chukai di Jalan Air Putih disini hari ini,17 September. Perasmian pejabat MTD Chukai diadakan bersekali dengan Majlis Rumah Terbuka sempena Eidul Fitri 1431H peringkat DUN Chukai. Dalam pada itu, Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat ketika dihubungi petang semalam mengucapkan syukur dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran Rumah Terbuka terseut. Beliau bekata, hampir 5000 orang warga Chukai daripada pelbagai lapisan, temasuk kaum tionghua hadir ke majlis rumah yang diadakan dari jam 11 pagi hingga 3 petang.

No comments:

Post a Comment

BlogTV